[ r e f l e c t . & . r e f r e s h ]
Accounts of an Adolescent

Sunday, February 06, 2005

I admit that I view love through rose-tinted glasses.. So when I read an article titled 'Oh Putera Impianku...' in this month's Remaja, I was given a good dose of reality that Prince Charming does not exist.. Here are some snippets from the article, written in Malay..

Setiap daripada kamu pastinya mengimpikan lelaki yang sentiasa memahami apa yang kamu inginkan di samping memiliki ciri-ciri yang kamu idamkan.. Teliti perbezaan situasi-situasi di bawah, mungkin selepas ini kamu lebih memahami pasangan kamu.

HARI ULANG TAHUN
Impian Kamu : Hari ulang tahun kamu berdua adalah hari yang paling ditunggu.. Tidak sabar kamu menanti saat dilayan seperti puteri..
Si Dia : Si dia masih mengingati hari ulang tahun kamu berdua.. Namun baginya bertelefon dan mengucapkan selamat ulang tahun sudah memadai.. Bagi si dia tidak perlu memperuntukkan satu hari untuk membuktikan cintanya padamu.. Perasaan kasih dan sayang itu boleh ditunjukkan pada bila-bila masa sahaja..


There goes my romantic anniversaries :P

KATA-KATA PUJIAN
Impian Kamu : Setiap kali bertemu, si dia tidak terlepas memuji penampilanmu dan sentiasa peka perubahanmu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.. Ayat seperti "Cantik rambut awak hari ini" membuatkan kamu tersenyum sepanjang hari..
Si Dia : Walaupun kamu sudah berusaha menampilkan sesuatu yang berlainan hari ini tetapi si dia tetap tidak menunjukkan apa-apa reaksi.. Walaupun keadaan ini sedikit menghampakan namun kamu haruslah menganggap si dia memang sukar untuk memuji.. Lebih baik dia tidak memuji daripada tidak ikhlas dan hanya memuji kerana terpaksa..


Feeling unnoticed is normal.

BERBUAL
Impian Kamu : Si dia sentiasa mendengar apa sahaja yang kamu ceritakan.. Matanya hanya tertumpu pada kamu dan mendengar dengan penuh teliti.. Perhatian yang diberikan membuatkan kamu tidak jemu berkongsi apa sahaja masalah bersamanya..
Si Dia : Setiap kali kamu mengadu apa jua masalah si dia langsung tidak berminat dengan apa yang kamu katakan.. Si dia bersikap demikian kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin agar bertahan lama.. Andainya si dia membalas setiap apa yang kamu katakan pastinya percanggahan pendapat terjadi.. Jadi untuk masa akan datang andainya si dia tidak mempedulikan apa yang kamu katakan anggap sahaja si dia lakukan untuk kebaikan hubungan kamu berdua..


Ignore me because you love me? :/

CINTA
Impian Kamu : Kamu berangan-angan untuk menjadi pasangan seperti Romeo dan Juliet.. Biar apa jua rintangan dan masalah kamu sanggup menghadapi bersama..
Si Dia : Terlalu sedikit kasih sayang yang diberikan dan kamu tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dilakukan untukmu.. Bagi kamu si dia selalu meluahkan rasa cinta tetapi tidak memahami maksud sebenar cinta.. Namun si dia akan menunjukkan rasa cintanya terhadapmu dengan menghormatimu bukan hanya dengan kata-kata sahaja..


Must constantly remind myself that somebody loves me.

MAKAN MALAM YANG ROMANTIK
Impian Kamu : Mengharapkan si dia menyediakan makanan kegemaran kamu dan menikmati makan malam yang indah itu bersama.. Si dia tahu apa yang kamu suka dan tidak suka.. Sikap bersungguh-sungguh si dia memenangi hatimu membuatkan kamu rasa bangga kerana dihargai..
Si Dia : Apa sahaja yang tergerak di hatinya itulah yang dihidangkan untuk kamu.. Si dia langsung tidak mengambil tahu tentang kegemaran kamu.. Kemudian, apa yang lebih menyakitkan hatimu lagi apabila kamu berdua makan di luar si dia suka makan sambil menonton televisyen.. Sikapnya itu benar-benar membuat kamu berkecil hati.. Namun jangan bimbang 'kumbang bukan seekor'..


Muahahahaha.. I love Remaja :)

:: NHA at 2:16 PM :: 0 comments ::


Comments: Post a Comment
[ a l l . a b o u t . m e ]
Name: Norhidayah Azman
Age: 21
Location: Shah Alam, Malaysia
Hobbies: Singing, Internet, Music



MyShoutbox.com - Free Shoutbox!



www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from coolster1. Make your own badge here.

:: Cool Links ::

Dynamic Drive


The Hunger Site


:: MalaysiaTopBlogs ::

Celestial designs